Aller au contenu principal
Malaysia - MS

SOALAN LAZIM

1. Apakah Pelan Pemilik Saham Pekerja?
Pelan Pemilik Saham Pekerja adalah penambahan kapital yang dikhaskan untuk pekerja satu syarikat atau kumpulan. Pelan ini memberi peluang kepada pekerja yang layak untuk membeli saham syarikat dalam terma pilihan.
2. Adakah tawaran ini akan ditawar setiap tahun?
Pelan ini adalah yang kedua dalam dua tahun. Ini menunjukkan keinginan Kumpulan untuk mencadangkan rancangan-rancangan lain pada tahun-tahun yang akan datang tanpa menjamin tempoh mereka.
3. Siapakah yang boleh melanggan?
Pekerja dengan kontrak pekerjaan daripada syarikat Kumpulan yang layak, mempunyai perkhidmatan sekurang-kurangnya selama 24 bulan* pada tarikh tutup langganan, pada 22 Jun 2022 dan hadir pada tarikh itu, adalah layak.

* Nota: Sesetengah negara mempunyai sekatan atas keperluan kelayakkan, sila rujuk Maklumat Tambahan Tempatan.
4. Bila anda boleh melanggan?
Langganan hanya akan dibuka dari 8 Jun hingga 22 Jun 2022 (23:59 CET - Masa Eropah Sentral.
5. Bagaimanakah anda boleh melanggan?
Langganan dibuat dalam talian melalui peranti langganan direka untuk transaksi ini, menggunakan pengenalpastian peribadi ( « log masuk») yang telah diumumkan melalui e-mel atau pos (jika e-mel tidak diberi). Walau bagaimanapun, untuk pekerja yang tidak mempunyai hubungan Internet, sama ada profesional atau peribadi, mereka boleh mengisi borang langganan dengan permintaan kepada wakil sumber manusia entiti tersebut. Untuk menjadi ahli sah, borang itu perlu lengkap, ditandatangani dan dihantar kepada wakil sumber manusia tempatan sebelum tamat tempoh langganan, pada 22 Jun 2022 23:59 CET, tanda pos sebagai bukti pos.
6. Apakah yang saya perlu buat sekiranya saya hilang kod langganan saya?
Wakil tempatan boleh menghasilkan kata laluan baru untuk pekerja melalui peranti langganan. Pekerja juga boleh menghantar e-mel ke [email protected] semasa tempoh langganan sekiranya mereka memerlukan bantuan untuk menyambung atau melanggan.
7. Bolehkah saya menukar / membatalkan langganan saya?
Pekerja boleh menukar langganan mereka dalam talian sehingga hari terakhir tempoh langganan pada 22 Jun 2022. Pada penghujung tempoh langganan, tiada perubahan lebih boleh dibuat dan langganan adalah muktamad. Pekerja perlu membayar jumlah penuh pelaburan mereka.
8. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya meninggalkan Kumpulan ?
Sekiranya pekerja meninggalkan kumpulan selepas tempoh waktu langganan tamat beliau layak. Saham atau unit CIPF beliau akan tersedia ada pada masa peninggalan beliau dan boleh ditebus
9. Apakah nilai pelaburan minima?
Pelaburan minima adalah satu saham L'Oréal.
10. Apakah langganan maksimum untuk setiap pekerja?
Pelaburan maksima adalah 50 saham L'Oréal dalam had 25% daripada pampasan tahunan kasar 2022.
11. Apakah maksud « pampasan tahunan kasar » ?
Pampasan tahunan kasar terdiri daripada gaji tahunan, bonus, bonus dibayar atau WPS pada 2022.
12. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya melebihi had bayaran sebanyak 25% daripada pampasan tahunan kasar?
Setiap pekerja melibatkan diri untuk mengikut had dengan menandatangani (dalam talian atau di kertas) borang langganan beliau. Risiko adalah permintaan langganan beliau akan dikurangkan sekiranya beliau tidak mengikut had ini.
13. Bilakah saya boleh mendapati sumbangan saya?
Saham yang lengkap boleh dikutip pada penghujung tempoh berkunci, sekitar 26 Julai 2027, di bawah beberapa syarat. (sila rujuk maklumat tambahan tempatan).
14. Apakah kes pembebasan awal?
Sila rujuk kepada « maklumat tambahan tempatan », di mana semua kes sah di ngara anda akan dimaklumkan.
15. Bagaimanakah pekerja akan dimaklumkan berkenaan saham yang tersedia ada untuk mereka?
Apabila melanggan dalam talian, pekerja akan menerima pengakuan penerimaan yang mengesahkan bilangan saham dipesan dan / atau jumlah yang dilanggan. Wakil akan mengakses dokumen ini jika perlu.Setiap pekerja yang telah melanggan akan menerima surat yang menentukan bilangan saham yang diperuntukkan kepadsa beliau pada Julai 2022. Beliau juga akan menerima penyata akaun dengan ringkasan semua aset beliau, pada suku pertama 2023 Tambahan pula, pemegang saham pekerja, melalui CIPF, akan juga diberi akses ke laman web Amundi, www.amundi-ee.com, membenarkan mereka untuk merujuk akaun mereka dan mengurus aset mereka yang tersedia ada.
16. Bagaimanakah beliau boleh mendapat pembebasan awal saham beliau?
Wakil tempatan yang akan membenarkan pembebasan itu berdasarkan kes tempatan, membina fail dengan elemen yang berkenaan dan akan berkomunikasi dengan Amundi ESR atau BNP untuk pembebasan.
17. Adakah anda boleh membebaskan sebahagian daripada aset itu?
Ya. Anda boleh meminta pembebasan semua atau sebahagian daripada saham yang dilanggan dan dihalang.
Walau bagaimanapun, sebab pembebasan boleh dipohon sekali sahaja: sekiranya ada peristiwa pembebasan awal, anda membebaskan hanya sebahagian daripada pemegangan anda, baki saham tetap dihalang sehingga tarikh tamat melainkan anda terlibat dalam satu lagi kes pembebasan awal berlainan.
18. Apakah itu dividen?
Dividen adalah perkongsian keuntungan yang diedar oleh syarikat kepada pemegang sahamnya. Bayaran adalah bukan automatik setiap tahun: ia bergantung kepada hasil Kumpulan dan keputusan Mesyuarat Am Pemegang Saham.
19. Adakah dividen dihalang?
Tidak, untuk pekerja yang memegang saham secara langsung sebab dividen dibayar ke dalam akaun bank mereka.
Untuk saham yang dipegang melalui CIPF, dividen diterima menambahkan nilai unit dan dihalang.
20. Apakah itu keuntungan / kerugian?
Keuntungan kapital adalah perbezaan di antara harga jualan saham yang dipegang dan pelaburan awal. Sekiranya perbezaan di antara kedua-dua harga adalah positif, pemegang saham pekerja akan mendapat keuntungan kapital. Dalam kes sebaliknya, ia mengalami kerugian.





.