Aller au contenu principal
Malaysia - MS

Tawaran 2022

L'Oréal menawarkan sekali lagi abru untuk melibatkan diri dengan perkembangan Kumpulan dengan menjadi pemegang saham melalui L’Oréal Employee Share Plan.

L’Oréal Employee Share Plan adalah dana pelaburan dikhaskan untuk kakitangan Kumpulan yang ingin melabur dalam saham L'Oréal.

FAEDAH PELAN

Dengan menyertai Pelan Pemilik Saham Pekerja baru, anda bolkeh membeli saham L'Oréal dalam terma pilihan.

Diskaun 20%
 

atas harga rujukan saham1
Harga rujukan adalah purata harga pembukaan saham L'Oréal yang didagang di antara 6 Mei dan 2 Jun 2022 dan akan ditetap pada 3 Jun 2022.

Pasangan
sehingga 4 saham ditawarkan
 

oleh L’Oréal bergantung kepada pelaburan anda.

PERATURAN SUMBANGAN

Sekiranya anda membeli beberapa saham
pada 2022 yang bersamaan dengan*:
Pada 2027, L'Oréal
menawarkan anda
beberapa saham tambahan
yang bersamaan dengan:
Jumlah amaun
pelaburan anda
1 2 saham
1 3 saham
2 5 saham
2 6 saham
2 7 saham
2 8 saham
3 10 saham
3 11 saham
3 12 saham
10 & lebih 4 14 saham & lebih


Dengan lebih daripada 10 saham dilanggan,  sumbangan tetap dihadkan ke 4 saham.

*Melalui CIPF
Penghantaran bank secara terus ATAU pengu- 12 dua gaji bulanan (*tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Buruh*)
Kemudahan pembayaran
Faedah dividen berpotensi
Dividen yang dibayar oleh L'Oréal akan dilabur balik dalam  "L'Oréal Employee Share Plan" CIPF secara automatik, dengan demikian meningkatkan nilai unit anda. Dividen ini akan bertambah dengan 10% selepas dua tahun memegang saham berdaftar melalui CIPF,  iaitu pada 2025.
Hak mengundi yang ditetapkan kepada saham anda akan digunakan di Mesyuarat Am oleh Badan Penyeliaan CIPF "L’Oréal Employee Share Plan" untuk akaun anda.
Hak mengundi yang ditetapkan kepada saham anda

MAKLUMAT PENTING SEBELUM MELABUR

SELEPAS MENYERTAI PELAN INI, ANDA AKAN MENJADI PEMEGANG SAHAM L'ORÉAL

Seperti semua pemegang saham, pelaburan anda akan mengikut evolusi harga saham L'Oréal sama ada ia naik atau jatuh. Oleh itu, ia melibatkan risiko kehilangan kapital.

PELABURAN ANDA DIHALANG SELAMA 5 TAHUN

Saham anda dalam dana dihalang untuk 5 tahun, oleh itu anda tidak boleh menjualnya sehingga tamat tempoh halangan. Walau bagaimanapun, ada kes pembebasan awal.

  1. perkahwinan;
  2. kelahiran atau pengambilan anak angkat ketiga (atau selanjutnya);
  3. penceraian (jika hak penjagaan sekurang-kurangnya seorang anak dikekalkan);
  4. ketidakupayaan pekerja, pasangannya atau anaknya;
  5. kematian pekerja atau pasangannya;
  6. penggunaan hasil pelaburan untuk memulakan perniagaan tertentu oleh pekerja, anaknya atau pasangannya;
  7. penggunaan hasil pelaburan untuk membeli atau membesarkan kediaman utama pekerja;
  8. keberhutangan pekerja yang keterlaluan; dan
  9. penamatan pekerjaan.

Saham ini ditawarkan di bawah sumbangan akan dihantar kepada anda pada hujung tempoh halangan, di sekitar 26 Julai 2027. Saham bonus ini akan dihantar kepada anda  asalkan anda adalah  kakitangan Kumpulan L'Oréal pada tarikh (kecuali yang disenaraikan dalam "Maklumat Tambahan Tempatan").

NILAI PELABURAN ANDA BERUBAH DENGAN PERTUKARAN KADAR MATA WANG.

Sejak saham L'Oréal disenaraikan dalam euro di pasaran saham Paris, sepanjang terma pelaburan anda, nilai pelaburan anda akan berubah menurut perubahan kadar pertukaran di antara euro dan mata wang tempatan anda.

BERHUBUNG DI
WWW.INVEST.LOREAL.COM

  • Untuk mengetahui lebih mengenai tawaran ini
  • Untuk menjalankan simulasi pelaburan
  • Untuk langganan dari 8 Jun hingga 22 Jun 2022

SIAPA BOLEH MELANGGAN ?

  • Semua pekerja yang hadir dan mempunyai sekurang-kurangnya 24 bulan tempoh perkhidmatan pada 22 Jun 2022

BERAPA BANYAK UNTUK MELABUR ?

LANGGANAN MINIMA

Satu saham L'Oréal

LANGGANAN MAKSIMUM

50 saham L’Oréal dalam had2

2 Bilangan saham yang anda boleh beli adalah terhad kepada 50 saham (kecuali dalam kes langganan yang terlampau).




.