Soalan lazim
Pelan Pemilik Saham Pekerja adalah penambahan kapital yang dikhaskan untuk pekerja satu syarikat atau kumpulan. Pelan ini memberi peluang kepada pekerja yang layak untuk membeli saham syarikat dalam terma pilihan.
L’Oréal berhasrat untuk memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam pelan pembelian sahamnya setiap tahun. Penawaran saham masa hadapan akan tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat dan Lembaga Pengarahnya terlebih dahulu, kepada kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan, terutamanya AMF Perancis (Autorité des Marchés Financiers), merangkumi menyelesaikan prosedur yang diperlukan dengan wakil pekerja dan kepada keadaan pasaran dan ekonomi. Syarat yang ditawarkan mungkin berbeza dari tahun ke tahun.
Pekerja dengan kontrak pekerjaan daripada syarikat Kumpulan yang layak, mempunyai perkhidmatan sekurang-kurangnya selama 12 bulan* pada tarikh tutup langganan, pada 24 Jun 2026 dan hadir pada tarikh itu, adalah layak.
* Nota: Sesetengah negara mempunyai sekatan atas keperluan kelayakkan, sila rujuk Maklumat Tambahan Tempatan.
Langganan hanya akan dibuka dari 10 hingga 24 Jun 2026 (23:59 CEST - Sentral Eropah Masa Musim panas.)
Langganan dibuat dalam talian melalui peranti langganan direka untuk transaksi ini, menggunakan pengenalpastian peribadi (“log masuk”) yang telah diumumkan melalui e-mel atau pos (jika e-mel tidak diberi). Walau bagaimanapun, untuk pekerja yang tidak mempunyai hubungan Internet, sama ada profesional atau peribadi, mereka boleh mengisi borang langganan dengan permintaan kepada wakilsumber manusia entiti tersebut. Untuk menjadi ahli sah, borang itu perlu lengkap, ditandatangani dan dihantar kepada wakilsumber manusia tempatan sebelum tamat tempoh langganan, pada 24 Jun 2026 23:59 CEST, tanda pos sebagai bukti pos.
Wakil tempatan boleh menghasilkan kata laluan baru untuk pekerja melalui peranti langganan. Pekerja juga boleh menghantar e-mel ke [email protected] semasa tempoh langganan sekiranya mereka memerlukan bantuan untuk menyambung atau melanggan.
Pekerja boleh menukar langganan mereka dalam talian sehingga hari terakhir tempoh langganan pada 24 Jun 2026. Pada penghujung tempoh langganan, tiada perubahan lebih boleh dibuat dan langganan adalah muktamad. Pekerja perlu membayar jumlah penuh pelaburan mereka.
Sekiranya pekerja meninggalkan kumpulan selepas tempoh waktu langganan tamat beliau layak. Saham atau unit CIPF beliau akan tersedia ada pada masa peninggalan beliau dan boleh ditebus.
Pelaburan minima adalah satu saham L’Oréal.
Pelaburan maksima adalah 20 saham L’Oréal dalam had 25% daripada pampasan tahunan kasar 2026.
Pampasan tahunan kasar terdiri daripada gaji tahunan, bonus, bonus dibayar atau WPS pada 2026.
Setiap pekerja melibatkan diri untuk mengikut had dengan menandatangani (dalam talian atau di kertas) borang langganan beliau. Risiko adalah permintaan langganan beliau akan dikurangkan sekiranya beliau tidak mengikut had ini.
Saham yang lengkap boleh dikutip pada penghujung tempoh berkunci, sekitar 31 Julai 2031, di bawah beberapa syarat. (sila rujuk maklumat tambahan tempatan).
Sila rujuk kepada “maklumat tambahan tempatan”, di mana semua kes sah di negara anda akan dimaklumkan.
Apabila melanggan dalam talian, pekerja akan menerima pengakuan penerimaan yang mengesahkan bilangan saham dipesan dan / atau jumlah yang dilanggan. Wakil akan mengakses dokumen ini jika perlu. Setiap pekerja yang telah melanggan akan menerima surat yang menentukan bilangan saham yang diperuntukkan kepada beliau pada Julai 2026. Beliau juga akan menerima penyata akaun dengan ringkasan semua aset beliau, pada suku pertama 2027. Tambahan pula, pemegang saham pekerja, melalui CIPF, akan juga diberi akses ke laman web Amundi, www.amundi-ee.com, membenarkan mereka untuk merujuk akaun mereka dan mengurus aset mereka yang tersedia ada.
Wakil tempatan yang akan membenarkan pembebasan itu berdasarkan kes tempatan, membina fail dengan elemen yang berkenaan dan akan berkomunikasi dengan Amundi ESR atau BNP untuk pembebasan.
Ya. Anda boleh meminta pembebasan semua atau sebahagian daripada saham yang dilanggan dan dihalang. Walau bagaimanapun, sebab pembebasan boleh dipohon sekali sahaja: sekiranya ada peristiwa pembebasan awal, anda membebaskan hanya sebahagian daripada pemegangan anda, baki saham tetap dihalang sehingga tarikh tamat melainkan anda terlibat dalam satu lagi kes pembebasan awal berlainan.
Dividen adalah perkongsian keuntungan yang diedar oleh syarikat kepada pemegang sahamnya. Bayaran adalah bukan automatik setiap tahun: ia bergantung kepada hasil Kumpulan dan keputusan Mesyuarat Am Pemegang Saham.
Tidak, untuk pekerja yang memegang saham secara langsung sebab dividen dibayar ke dalam akaun bank mereka. Untuk saham yang dipegang melalui CIPF, dividen diterima menambahkan nilai unit dan dihalang.
Keuntungan kapital adalah perbezaan di antara harga jualan saham yang dipegang dan pelaburan awal. Sekiranya perbezaan di antara kedua-dua harga adalah positif, pemegang saham pekerja akan mendapat keuntungan kapital. Dalam kes sebaliknya, ia mengalami kerugian.