Aller au contenu principal
PELAN SAHAM PEKERJA 2026 I'M IN! Langgan

Mesej oleh Nicolas Hieronimus

L’Oréal merupakan sebuah pengembaraan kolektif yang kejayaannya bergantung pada komitmen teguh pasukan kami, dan anda telah membuktikan betapa komitmen ini membezakan serta mengukuhkan kita hari demi hari.

Oleh itu, dengan hasrat yang kian mendalam untuk berkongsi kejayaan bersama anda, sejak tahun 2018 kami berhasrat untuk melibatkan anda dengan lebih rapat dalam strategi dan masa depan syarikat melalui pelaksanaan Pelan Pemilik Saham Pekerja yang kini diteruskan dari tahun ke tahun.

Pelan yang dilaksanakan pada peringkat global ini sejak mula diperkenalkan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dan kini seramai 45,000 orang atau satu daripada setiap dua orang kakitangan, telah menjadi pemegang saham secara langsung atau tidak langsung dalam syarikat anda. Hal ini membuktikan keyakinan anda terhadap masa depan L’Oréal, dan saya amat menghargainya.
Edisi 2026 bagi Pelan Pemilik Saham Pekerja kami yang bermula pada tahun 2026 ini, sekali lagi akan membolehkan setiap kakitangan yang layak untuk menyertai Pelan Pemilik Saham Pekerja ini pada syarat-syarat istimewa.

Saya menjemput anda untuk melihat butiran operasi baharu ini yang saya harap akan sekali lagi mendapat sambutan yang hangat.

Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kepercayaan anda, dan anda boleh bergantung pada dedikasi saya untuk menjadikan L’Oréal sebuah syarikat makmur yang mencipta bersama dan berkat anda, kecantikan yang memajukan dunia.

NICOLAS HIERONIMUS

Ketua Pegawai Eksekutif
Tawaran dalam 2 minit
  • SOALAN LAZIM

    Untuk mendapat jawapan kepada soalan anda

    Baca Soalan Lazim
  • SIMULATOR

    Untuk membantu anda menentukan amaun pelaburan anda

    Pergi ke pensimulasi
  • LANGGANAN

    Untuk menyertai,
    klik di sini dari
    10 Jun 2026

    Langgan
Jadual tawaran
  • PENETAPAN HARGA LANGGANAN

    5 Jun 2026

    Anda akan dimaklumkan tentang harga dan kadar pertukaran pada laman web invest.loreal.com dan melalui paparan papan kenyataan.

  • TEMPOH LANGGANAN

    10-24 Jun 2026

    Sepanjang tempoh ini, anda boleh membuat langganan anda di laman web invest.loreal.com dengan mengklik pada “Langgan”.

  • KENAIKAN MODAL DAN PENYERAHAN SAHAM

    30 Julai 2026

    Anda akan dapat melihat pegangan anda selepas tarikh pertambahan modal, iaitu selepas 30 Julai 2026, di tapak web pemegang akaun anda.

  • TARIKH PELEPASAN ASET (SELEPAS TEMPOH PENYEKATAN 5 TAHUN)

    31 Julai 2031

    Pada tarikh tersebut, anda boleh memilih antara:

    • Menyimpan aset anda dalam “L’Oréal Employee Share Plan” FCPE atau
    • Menjual saham anda dengan meminta pembayaran balik semua atau sebahagian daripada aset anda.

    Pada atau sekitar 31 julai 2031:

    Penghantaran saham percuma dengan syarat anda masih pekerja Kumpulan L’Oréal pada tarikh tersebut (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam “Suplemen Tempatan”).

Back to top